Tuesday, November 17, 2009

Pertandingan Futsal Piala YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abd Aziz

Tarikh : 14,15,20,21 & 22 November 2009
Tempat : Gelanggang Futsal Kg. Beluru
Masa : 8 Malam

Bertempat di Gelanggang Futsal Kg. Beluru telah berlangsung Majlis Perasmian Kejohonan Futsal Piala YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abd. Aziz pada 14 November 2009. Majlis yang bermula jam 9 malam telah dihadiri oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri , YB Dato Siti Salmah Mat Jusak ( ADUN Chenderoh ) , barisan Jawatankuasa Bahagian, Pemuda , Wanita dan Puteri , para pemain serta penduduk kampung. Saudara Ismail Nordin dalam ucapannya mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian YB Ketua Bahagian memberi sumbangan bagi menjayakan program ini . Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian juga akan terus menganjurkan program-program untuk generasi muda di dalam kawasan Parlimen Padang Rengas.

Kejohanan ini disertai 33 pasukan yang para pemainnya haruslah dari penduduk di dalam kawasan parlimen Padang Rengas tanpa mengira agama dan bangsa . Pasukan ini akan dibahagikan kepada 11 kumpulan. Pada pusingan awal , perlawanan akan dilangsungkan secara liga manakala pada pusingan kedua dan seterusnya akan diadakan secara kalah singkir. Walaupun keadaan hujan lebat , para pemain tetap bersemangat untuk meneruskan perlawanan dan ini menggambarkan bahawa semangat pemuda-pemuda Padang Rengas adalah tinggi tanpa mengira halangan dan cabaran yang mendatang. Perlawanan untuk pusingan pertama berlangsung pada 14 & 15 November manakala untuk pusingan kedua pada 20 November 2009. Bagi perlawanan Suku Akhir dan Separuh Akhir , perlawanan akan berlangsung pada 21 November 2009 dan untuk perlawanan akhir akan dijalankan pada 22 November 2009 . Perlawanan akan bermula jam 8 malam bagi setiap hari pertandingan.

Pengerusi Biro Sukan PPU Padang Rengas , Saudara Fakhrul Zaki Zainun mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Ketua Bahagian , YB ADUN Chenderoh , Kepimpinan UMNO Bahagian serta sayap-sayap yang telah memberi sokongan dan bantuan bagi menjayakan kejohonanan ini.

No comments:

Post a Comment