Monday, September 14, 2009

Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan PPU Padang Rengas



13 September 2009 - Bertempat di Safari Resort Kuala Kangsar , PPUPR telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas. Majlis disertai oleh kesemua Ahli Jawatankuasa bersama isteri dan anak-anak. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Saudara Ismail Nordin (KP Bhgn) yang mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir bersama keluarga. Beliau menyatakan rasa gembira kerana dapat mengumpulkan seluruh keluarga Kepimpinan PPU Pdg Rengas. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada isteri-isteri jawatankuasa yang telah banyak berkorban masa dan memahami tugas dan amanah para suami demi membela dan memperjuangkan agama,bangsa dan negara. Sesi diteruskan dengan pengenalan keluarga oleh setiap jawatankuasa. Ada yang bertambah anak dan bagi Saudara Fakhrul Zaki, dikesempatan ini beliau memperkenalkan isterinya kerana baru melangsungkan perkahwinan Mei yang lalu.Alhamdulillah majlis berbuka puasa ini telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir setelah selesai solat Maghrib berjemaah di Surau Safari Resort Kuala Kangsar.

Majlis Iftar - Kasih Ramadhan

Pada 12 September 2009 , Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Rambong telah mengadakan Majlis Iftar - Kasih Ramadhan yang berlangsung di Surau Kg. Rambong. Majlis telah disertai oleh Ketua Pemuda Bhgn dan Jawatankuasa Pemuda Bhagian,Jwtnkuasa Pemuda Cwgn Rambong,ahli-ahli pemuda Kg. Rambong serta masyarakat kampung yang turun beramai-ramai bagi menjayakan majlis tersebut. Majlis ini adalah penyerahan bantuan kebajikan kepada 2 keluarga ahli pemuda UMNO Kg. Rambong bagi meringankan beban mereka untuk menyambut Aidilfitri ini.Bantuan berupa barangan dapur ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh penerima bantuan. Apa yang menariknya, bantuan ini adalah hasil kutipan dan usaha yang dilakukan oleh pemuda-pemuda Kg Rambong sendiri.Tahniah PPU Padang Rengas ucapkan kepada Saudara Nazir@Alang dan rakan-rakan atas usaha murni ini. Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat maghrib. TAHNIAH PEMUDA RAMBONG