Monday, September 14, 2009

Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan PPU Padang Rengas



13 September 2009 - Bertempat di Safari Resort Kuala Kangsar , PPUPR telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas. Majlis disertai oleh kesemua Ahli Jawatankuasa bersama isteri dan anak-anak. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Saudara Ismail Nordin (KP Bhgn) yang mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang hadir bersama keluarga. Beliau menyatakan rasa gembira kerana dapat mengumpulkan seluruh keluarga Kepimpinan PPU Pdg Rengas. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada isteri-isteri jawatankuasa yang telah banyak berkorban masa dan memahami tugas dan amanah para suami demi membela dan memperjuangkan agama,bangsa dan negara. Sesi diteruskan dengan pengenalan keluarga oleh setiap jawatankuasa. Ada yang bertambah anak dan bagi Saudara Fakhrul Zaki, dikesempatan ini beliau memperkenalkan isterinya kerana baru melangsungkan perkahwinan Mei yang lalu.Alhamdulillah majlis berbuka puasa ini telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir setelah selesai solat Maghrib berjemaah di Surau Safari Resort Kuala Kangsar.

No comments:

Post a Comment