Monday, December 14, 2009

Sokongan Kepada Chief

Tarikh : 12 Disember 2009
Tempat : Sekolah Agama Rakyat Kg Lalang
















Wednesday, December 9, 2009

Majlis Khatan Perdana 2009

Tarikh : 6 Disember 2009
Tempat : Perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas

Alhamdulillah bertempat di Perkarangan Bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas telah berlangsung Program Khatan Perdana anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas . Program ini telah berjaya menarik seramai 140 orang peserta dikalangan anak-anak masyarakat di dalam Parlimen Padang Rengas . Seawal jam 7.30 pagi lagi , para peserta dan keluarga telah mula hadir walaupun pendaftaran hanya dibuka jam 8.30 pagi . Ini kerana giliran untuk berkhatan ditentukan melalui giliran pendaftaran pada pagi tersebut .
Pada jam 10 pagi , para peserta telah diarak oleh pasukan kompang Pemuda UMNO Cawangan Kg. Setor bersama Dato Siti Salmah Mat Jusak serta kepimpinan UMNO Bahagian Padang Rengas . Majlis perasmian telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Supian ( AJK Pemuda Bahagian ) diikuti oleh ucapan alu-aluan Saudara Jadrulhisham ( Naib Ketua Pemuda ) mewakili Ketua Pemuda Bahagian yang sedang mengikuti Kursus Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia di Janda Baik . Majlis diteruskan dengan ucapan En Kamarulzaman Hj Abd Rahman seterusnya ucapan perasmian oleh Dato Siti Salmah Mat Jusak . Para peserta telah diberikan sehelai kain pelekat , bunga telur dan sumbangan wang tunai oleh Dato Siti Salmah . Selesai majlis perasmian , para peserta telah diraikan dengan jamuan makan tengahari .
Majlis mandi beramai-ramai oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar telah berlangsung jam 11.30 pagi . Majlis berkhatan telah bermula jam 12 tengahari di dalam Bangunan UMNO Bahagian Padang Rengas dan dilakukan oleh 8 orang Pembantu Perubatan yang diketuai oleh En. Khairuddin Azahari ( Ketua Penerangan UMNO Bahagian Padang Rengas ) . Perbagai ragam dan karenah peserta dapat dilihat sepanjang majlis ini berlangsung . Pihak PPU Bahagian telah menyediakan 1 bilik khas bagi para peserta menikmati tayangan video ( LCD ) sementara menunggu giliran untuk berkhatan . Setelah berkhatan , para peserta diminta untuk berehat seketika di Bilik Rehat yang disediakan bagi memastikan bahawa tiada apa-apa masalah sebelum dibenarkan pulang ke rumah .Peserta terakhir yang berjaya dikhatan adalah pada jam 7.30 malam .
Pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kepimpinan UMNO (4 Peringakat ) Bahagian Padang Rengas , pihak Pembantu Perubatan , Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Kangsar , Jabatan RELA , ibubapa, para peserta serta semua pihak terutamanya masyarakat Parlimen Padang Rengas dalam menjayakan Progam Khatan Perdana 2009 ini . Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas berazam untuk melaksanakan program ini pada tahun-tahun yang akan datang sebagai program tahunan . Ini merupakan sedikit sumbangan dan kebajikan yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas dalam usaha mendekati rakyat serta merealisasikan hasrat YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak supaya " Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan "


Saudara NKP berbual dengan kepimpinan UMNO Bahagian Padang Rengas


Kumpulan kompang Pemuda UMNO Cawangan Kg. Setor




Dari kiri : En Zainun ( Naib Ketua UMNO Bahagian ) , En Kamarulzaman ( Timb. Ketua UMNO Bahagian ) , Dato Siti Salmah Mat Jusak , Saudara Jadrulhisham (NKP)


Ucapan aluan oleh Saudara Jadrulhisham

Ucapan Perasmian Oleh Dato Siti Salmah Mat Jusak


Penyampaian cerderahati kepada Dato Siti Salmah

Penyampaian cenderahati kepada En. Kamarulzaman Hj Abd Rahman

Penyampaian cendehati kepada En. Zainun Mat Nor

Para peserta diraikan dengan jamuan makan tengahari



Bersedia untuk mandi


Dato Siti Salmah memulakan pancutan air bomba

Menuju ke bilik berkhatan

Setelah selesai berkhatan , peserta direhatkan seketika sebelum dibenarkan pulang ke rumah

Persiapan Majlis Khatan Perdana

Tarikh : 5 Disember 2009


Kerbau yang akan ditumbangkan









Solat hajat dilakukan pada malam sebelum majlis berkhatan

Meja digunakan sebagai katil untuk majlis berkhatan