Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Ketua Pemuda , Naib Ketua Pemuda dan seluruh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

" Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan ( Qurban ) , supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka , maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa , kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh ( kepada Allah )
( Al - Hajj : 34 )


" Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih "
( Hadith Riwayat Al- Tarmizi )

Takbir Raya Dari Rumah Ke Rumah Jawatankuasa PPU Padang Rengas






Tarikh : 26 November 2009
Masa : Bermula jam 8.00 Malam

Kedatangan Hari Raya Aidiladha tahun ini disambut dengan program takbir raya dari rumah ke rumah jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas. Majlis yang bermula jam 8.00 malam ini disertai oleh 15 ahli jawatankuasa PPU Padang Rengas yang bekesempatan hadir. Sebanyak 7 buah rumah telah berjaya dikunjungi sehingga majlis selesai jam 2 pagi . Di setiap rumah yang dikunjungi , KP telah mengepalai takbir raya diikuti oleh majlis tahlil yang diketuai oleh Saudara Faizal Khamin. Berikut adalah senarai rumah yang berkesempatan dikunjungi oleh rombongan jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas :-
1) Saudara Mior Ismail - Sauk
2) Saudara Ismail Nordin - Kati ( rumah mertua )
3) Saudara Azmi Abu Bakar - Cheh ( rumah mertua )
4) Saudara Kamarul Azhar & Kamarul Badlishah - Lubuk Merbau
5) Saudara Azmi Said - Paya Ranggam
6) Saudara Syahariman - Padang Asam
7) Saudara Fitri - Changkat Gohor

Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Takbir Raya ini .

Monday, November 23, 2009

LMFC ( C ) Juara Futsal Piala Dato Seri Mohamed Nazri

Tarikh : 22 November 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Gelanggang Futsal Kampung Beluru
Setelah 5 hari berlangsungnya Kejohanan Futsal Piala Dato Seri Mohamed Nazri akhirnya pasukan LMFC ( C ) telah berjaya menjuarai kejohanan . Pada perlawanan akhir , LMFC ( C ) mengalahkan Lintoh FC melalui sepakan penalti 2 - 1 setelah kedudukan terikat tanpa jaringan pada masa sebenar. Manakala pasukan Tanah Merah FC menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan LMFC ( A ) . Dato Siti Salmah mat Jusak ( Adun Chenderoh ) telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang . Juara kejohanan menerima piala pusingan serta wang tunai RM 1000, tempat kedua menerima RM 700 , tempat ketiga RM 400 dan tempat keempat menerima RM 200. Sambutan hebat dikalangan pemuda-pemuda sepanjang kejohanan berlangsung sungguh memberangsangkan. Kehadiran mereka untuk menyokong pasukan masing-masing elah memeriahkan kejohanan . Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas telah bersetuju untuk menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Dato Siti Salmah Mat Jusak pada bulan Januari akan datang . Kejohanan akan dilangsungkan di Gelanggang Futsal Sauk . Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dan sokongan dalam menjayakan Kejohanan Futsal Piala Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz.

Para pemain LMFC (C) meraikan kejayaan menjadi juara

Pasukan LMFC ( C ) menerima trofi juara

Pasukan Lintoh FC ( Naib Juara )

Tanah Merah FC ( Ketiga )

LMFC ( A ) ( Keempat )

My Liman FC ( Saguhati- suku akhir )

Chuar FC ( Saguhati - suku akhir )

KKE FC ( Saguhati - suku akhir )

Kapak Silang FC ( Saguhati - suku akhir )

Cenderahati kepada pengadil

Khidmat Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas

Program : Gotong Royong Membaiki Rumah Warga Emas
Tarikh : 22 November 2009
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Kampung Changkat Duku


Keadaan rumah sebelum bermulanya kerja-kerja gotong royong
Saudara KP sedang memaku papan dinding

Saudara NKP memotong kayu untuk dibuat tingkap

Saudara RR menggergaji lebihan papan di dinding

Saudara MI sedang menyiapkan dinding




Saudara RS turut serta menyiapkan dinding rumah

Dato Siti Salmah ( Adun Chenderoh ) menggergaji papan untuk dibuat dinding

Dato Siti menyampaikan bantuan kepada tuan rumah

Keadaan rumah yang telah diap diperbaiki

Friday, November 20, 2009

Kejohanan Futsal Piala Dato Seri Mohamed Nazri


Jadual Perlawanan Pusingan Kedua & Pusingan Ketiga

Pusingan Kedua

A. LMFC (B) vs Belia Kota FC
B. Belia Kota FC (B) vs Kapak Silang FC
C. Medicine FC vs Padang Asam FC
D. Kabach FC vs Jamuan FC
E. Laneh vs Chegar Galah FC
F. Kota Lama FC vs PKG Kati

Pusingan Ketiga

Kumpulan X

Lintoh FC vs Pemenang A
Pemuda Kg. Lalang vs Pemenang B
Chuar FC vs Pemenang C
Cahaya Infiniti (B) vs Tanah Merah FC

Kumpulan Y

LMFC (C) vs Pemenang D
KKE FC vs Pemenang E
Kota Lama FC vs Pemenang F
LMFC (A) vs My Liman Kati FC







Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas

Tarikh : 20 November 2009
Masa : 8.45 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Rengas







Tuesday, November 17, 2009

Pertandingan Futsal Piala YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abd Aziz

Tarikh : 14,15,20,21 & 22 November 2009
Tempat : Gelanggang Futsal Kg. Beluru
Masa : 8 Malam

Bertempat di Gelanggang Futsal Kg. Beluru telah berlangsung Majlis Perasmian Kejohonan Futsal Piala YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abd. Aziz pada 14 November 2009. Majlis yang bermula jam 9 malam telah dihadiri oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri , YB Dato Siti Salmah Mat Jusak ( ADUN Chenderoh ) , barisan Jawatankuasa Bahagian, Pemuda , Wanita dan Puteri , para pemain serta penduduk kampung. Saudara Ismail Nordin dalam ucapannya mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian YB Ketua Bahagian memberi sumbangan bagi menjayakan program ini . Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian juga akan terus menganjurkan program-program untuk generasi muda di dalam kawasan Parlimen Padang Rengas.

Kejohanan ini disertai 33 pasukan yang para pemainnya haruslah dari penduduk di dalam kawasan parlimen Padang Rengas tanpa mengira agama dan bangsa . Pasukan ini akan dibahagikan kepada 11 kumpulan. Pada pusingan awal , perlawanan akan dilangsungkan secara liga manakala pada pusingan kedua dan seterusnya akan diadakan secara kalah singkir. Walaupun keadaan hujan lebat , para pemain tetap bersemangat untuk meneruskan perlawanan dan ini menggambarkan bahawa semangat pemuda-pemuda Padang Rengas adalah tinggi tanpa mengira halangan dan cabaran yang mendatang. Perlawanan untuk pusingan pertama berlangsung pada 14 & 15 November manakala untuk pusingan kedua pada 20 November 2009. Bagi perlawanan Suku Akhir dan Separuh Akhir , perlawanan akan berlangsung pada 21 November 2009 dan untuk perlawanan akhir akan dijalankan pada 22 November 2009 . Perlawanan akan bermula jam 8 malam bagi setiap hari pertandingan.

Pengerusi Biro Sukan PPU Padang Rengas , Saudara Fakhrul Zaki Zainun mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Ketua Bahagian , YB ADUN Chenderoh , Kepimpinan UMNO Bahagian serta sayap-sayap yang telah memberi sokongan dan bantuan bagi menjayakan kejohonanan ini.

Buletin Pemuda - Edisi November 2009