Tuesday, November 10, 2009

Cabaran Berakit 1 UMNO , 1 Pemuda , Melayu Perkasa



Tarikh : 7 & 8 hb November 2009
Tempat : SK Chegar Galah

Alhamdulillah bertempat di SK Chegar Galah telah berlangsung Program Cabaran Berakit 1 UMNO , 1 Pemuda , Melayu Perkasa. Program yang bermula pada pukul 3 ptg ( Sabtu ) telah disertai oleh 35 ahli pemuda yang kebanyakkannya adalah Ketua Penerangan Pemuda Cawangan-Cawangan dalam Bahagian Padang Rengas. Setelah tamat sesi taklimat oleh Pengerusi Biro Penerangan , peserta telah diminta untuk mendirikan khemah. Selepas solat Asar di Masjid Kg. Chegar Galah , para peserta telah menjayakan aktiviti gotong - royong membersihkan kawasan tanah perkuburan Chegar Galah bersama-sama penduduk kampung.

Pada sebelah malamnya , kuliah maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Faizal ( Pengerusi Biro Agama & Kebajikan PPU Padang Rengas ) di Surau SK Chegar Galah. Program diteruskan dengan aktiviti team building.Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Saudara Azmi ( Guru SK Cheh ). Bermula jam 9.30 malam , program ceramah ditelah disampaikan oleh Saudara Azmi ( Pensyarah Maktab Perguruan Tuanku Bainun , Pulau Pinang , AJK Biro Penerangan UMNO Bahagian Beruas ) . Ceramah yang bertajuk Peranan Pemuda UMNO dalam membela agama, bangsa dan negara ini telah memberi semangat dan keazaman yang tinggi di kalangan peserta. Program malam tersebut telah diteruskan lagi dengan sesi dialog antara para peserta dengan Saf Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas. Pelbagai persoalan , masalah , saranan dan cadangan telah dibincangkan sepanjang majlis ini berlangsung. Dengan adanya sesi dialog ini , kepimpinan Pemuda Bahagian dapat mendengar sendiri suara - suara dari ahli akar umbi kita. Sesi dialog tersebut berakhir jam 1.45 pagi. Selepas selesai sesi dialog tersebut , para peserta dan kepimpinan Pemuda Bahagian telah menikmati hidangan BBQ sehingga jam 4 pagi.

Pada pagi 8hb November , para peserta telah bangun seawal jam 5.45 pagi untuk solat subuh berjemaah. Sesi pembersihan khemah dan kawasan sekitar telah selesai jam 7.15 pagi. Selepas itu , para peserta telah berjalan kaki sejauh 600 meter untuk ke tebing Sungai Perak untuk persiapan berakit. Setelah selesai sarapan pagi , para peserta telah bersama-sama membina rakit yang diperbuat daripada pelampung. Kedatangan YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz ( Ketua UMNO Bahagian @ Ahli Parlimen Padang Rengas pada jam 10.30 pagi telah disambut meriah . Ucapan dari Ketua Pemuda Bahagian ( Saudara Ismail Nordin ) serta amanat dari YB Dato Nazri kepada para peserta telah membangkitkan semangat pemuda untuk berjuang dan seterusnya menawan hati pemuda-pemuda di kawasan Parlimen Padang Rengas. YB Dato Nazri telah melakukan upacara flag-off dengan membunyikan air-hon .

Alhamdulillah , setelah 3 jam berakit menyelusuri Sungai Perak , para peserta telah selamat sampai di Pusat Rekreasi JPS Kuala Kangsar jam 2.30 petang dan disambut oleh En. Kamarulzaman Hj Abd Rahman ( Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas ) .


1 UMNO , 1 PEMUDA , MELAYU PERKASA

Sesi membina khemah

Gotong royong membersihkan tanah perkuburan Kg. Chegar Galah


Ustaz Faizal mengetuai tahlil di tanah perkuburan
Peserta menikmati sarapan pagi

Pelampung yang akan digunakan untuk membuat rakit








Sesi membina rakit


Rakit yang telah siap dibina
Bendera Malaysia dan UMNO dipasang di setiap rakit




Ucapan aluan daripada Saudara Kamarul Azhar

Ucapan dari Saudara Ismail Nordin


Ucapan oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abd Aziz

Peserta mendengar ucapan daripada YB Dato Nazri

Bergambar kenangan bersama YB Dato Nazri

Keadaan salah sebuah rakit apabila sampai di Jambatan Keretapi Victoria Karai


Untuk Video program ini boleh ditonton di youtube dengan menaip cabaran berakit ppu padang rengas

No comments:

Post a Comment