Tuesday, February 16, 2010

Bantahan Di Kedutaan Australia

Tarikh : 17 Februari 2010
Tempat : Kedutaan Australia , Kuala Lumpur
Masa : 9.30 Pagi

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama Pemuda Kompenen Barisan Nasional serta NGO telah berarak ke Kedutaan Australia bagi menyatakan bantahan terhadap 50 Ahli parlimen Australia yang mendesak kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim. Memorandum bantahan ini telah diserahkan oleh YB Khairy Jamaludin kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia. Saudara Khairy , Dato Razali Ibrahim , Saudara T Mohan ( Ketua Pemuda MIC ) serta Dato Reezal Marican telah dibenarkan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Kedutaan Australia. Dalam memorandum ini , Pemuda UMNO mendesak pihak kerajaan Australia supaya tidak mencampuri urusan di Malaysia serta mahukan 50 ahli parlimen Australia ini menarik balik tuntuan mereka seterusnya memohon maaf kepada kerajaan Malaysia . Memorandum ini juga menuntut agar Perdana Menteri Australia mengambil tindakan tegas ke atas 50 ahli parlimen ini . Pergerakan Pemuda UMNO Padang Rengas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh 50 ahli parlimen Australia ini . MIND YOUR OWN BUSINESS !!!!!!!!














Ketua Penerangan PPU Padang Rengas bersama Saudara Tun Faisal , EXCO PPU Malaysia yang juga merupakan EXCO angkat kepada PPU Padang Rengas.

Antara Yang Memberikan Ucapan

Saudara Lokman Adam , EXCO PPU Malaysia

Ketua Penerangan Pemuda MIC Malaysia

Dato Razali Ibrahim

Saudara Khairy Jamaludin

Wakil PERKASA



Ketua Pemuda UMNO Selangor

Saudara Ali , Exco PPU Malaysia

Wakil Makhal Sakhti
Wakil MIC

Saudara Tun Faisal , EXCO PPU Malaysia
Antara Sepanduk-Sepanduk











YB Khairy selepas selesai mengadakan perbincangan dan menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Australia

YB Khairy menyampaikan ucapan

Sidang akhbar Yb Khairy Jamaludin

Majlis Makan Malam Amal PIBG Sekolah Kebangsaan Sauk

Tarikh : 14 Februari 2010
Masa : 8 Malam
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Sauk

Pada 14 Februari 2010 , Persatuan Ibu Bapa & Guru Sekolah Kebangsaan Sauk telah menganjurkan Jamuan Makan Malam Amal bagi menambah dana persatuan. Pergerakan Pemuda UMNO Padang Rengas telah "membeli meja" untuk jamuan tersebut bagi membantu PIBG Sekolah Kebangsaan Sauk. YB Dato Siti Salmah Mat Jusak yang mewakili YB Dato Seri Mohamed Nazri Tan Sri Aziz telah hadir seterusnya merasmikan majlis tersebut . Pergerakan Pemuda UMNO Padang Rengas berharap agar PIBG dan Sekolah Kebangsaan Sauk ini akan terus berjaya melaksanakan pelbagai program untuk membantu kejayaan anak bangsa.





Majlis Kesyukuran & Jamuan Rakyat

Tarikh : 12 Februari 2010
Tempat : Kediaman YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Masa : 6 Petang