Friday, August 28, 2009

Kursus Jati Diri & Kepimpinan PPU Padang Rengas



Pangkor— Seramai 47 orang pemuda daripada cawangan-cawangan Pemuda UMNO Padang Rengas bersama-sama 21 orang kepimpinan Pemuda Umno bahagian menghadiri kursus Kepimpinan dan Jatidiri anjuran bersama Pejabat Belia Daerah Kuala Kangsar dan Pergerakan Pemuda Bahagian Padang Rengas.


Kebanyakan peserta melahirkan perasaan seronok dan puas hati diatas penganjuran kursus kali ini. Kehadiran wakil-wakil cawangan yang terdiri daripada Ketua Cawangan dan Naib Ketua Cawangan jelas menggambarkan kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Saudara Ismail Ahmad Nordin sebagai Ketua Pemuda Padang Rengas.

Sejak pukol 9.00 pagi peserta telah mula berkumpul di pejabat UMNO bahagian. Kegembiraan terpancar di wajah-wajah peserta, seperti tidak sabar untuk berkursus.Keceriaan mereka makin terserlah apabila setiap peserta dibekalkan dengan sehelai T-Shirt Pemuda UMNO Padang Rengas.

Sesi pendaftaran ditutup sekitar jam 10 pagi. Setelah sedikit taklimat oleh Ketua Pemuda Bahagian dan diikuti bacaan doa selamat oleh Saudara Faizal Khamin selaku Pengerusi Biro Agama dan Kebajikan , perjalanan ke Pangkor bertolak jam 10.30 pagi. Perjalanan yang mengambil masa satu jam setengah terasa bagaikan sekejap kerana telatah setiap peserta di dalam bas sepanjang perjalanan yang mencuit hati.

Walaupun semangat kursus yang membara namun tanggungjawap kepada agama tidak dilupa. Semua peserta telah menunaikan solat jumaat di Masjid Daerah Lumut.

Tepat jam 3 petang, para peserta kursus telah menaiki feri untuk berlepas ke Pulau Pangkor. Di sepanjang perjalanan ini, para peserta mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan dan permandangan lautan Selat Melaka ini.Perjalanan dari Terminal Feri Lumut ke Jeti Pulau Pangkor ini mengambil masa hanya 30 minit.Oh Pangkor Puteri Resort, kami sampai….